Saturday, 22 October 2011
warna indah dalam kanvas hidupku
Posted by eimaya loriena at Saturday, October 22, 2011 0 comments
Tuesday, 4 October 2011
tahukah ANDa.....
status ke'ORIGINAL'an handphone anda semua...
sila lah type kat handfon *#06#
then akan keluar IMEI [ International Mobile Equipment Identity]
semak nombor IMEI handphone korang di kedudukan 7 dan 8
contoh : 35851601 – 393149 – 1 – 50.....*lau contoh ni no IMEI adalah 01
utk semak ori ke x handfon tu...let's check it out:
02 or 20 : dari China = LOW QUALITY
08 or 80: dari Germany = FAIR QUALITY
01 or 10: dari Finland = VERY GOOD
00 or 03 or 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY
13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH ><'
p/s : hah, apa lagi...ce korang tgk korang kena tipu x ngn cina kedai HP tuh? ;)
Posted by eimaya loriena at Tuesday, October 04, 2011 0 comments
Tuesday, 6 September 2011
tips mengambil gambar & video yang lebih baik......
(1) Telefon bimbit tidak bergegar atau bergoncang
Punca utama gambar yang dirakam menjadi kabut ialah pergerakan yang tidak disengajakan berlaku pada saat gambar sedang dirakam. Kebiasaannya, saudara menyangka gambar telah direkodkan dalam memori walhal sebenarnya tidak berlaku lagi (rujuk tips 7). Pastikan telefon bimbit dipegang dengan kedua-dua belah tangan. Sekiranya saudara dalam proses mencari pilihan tefon bimbit berkamera, terdapat beberapa pilihan terbaik seperti Nokia N8, Nokia 5800XM, Sony Ericsson Satio dan Sony Ericsson K800. Butang pengatup kamera yang diletakkan pada bahagian tepi memudahkan pengguna merakam gambar umpama memegang kamera digital.(2) Gunakan denyar (flash) untuk gambar di dalam rumah atau bangunan
Apabila saudara mengambil foto di dalam rumah, gunakan denyar atau cari tempat yang bercahaya. Jika tidak, gambar yang terhasil menjadi kelam dan suram. Wajah juga sukar dikenal pasti jika pencahayaan tidak mencukupi semasa mengambil gambar. Pastikan saudara membeli model telefon bimbit yang mempunyai fungsi denyar. Mungkin memakan hayat bateri telefon bimbit, namun berbaloi untuk foto yang terhasil.(3) Sinaran cahaya terus menghala ke lensa
Gambar yang cantik terhasil apabila pencahayaan terus masuk ke dalam lensa tanpa sebarang halangan semasa rakaman gambar diambil. Namun, saudara perlu bijak mengambil masa untuk menekan pengatup kamera dan menentukan tetapan kamera. Kedudukan saudara dan objek perlu ditentukan secara bijak supaya cahaya matahari tidak terhalang. Bagi foto yang diambil di dalam air atau salji sedikit sukar kerana salji dan air akan reflek cahaya dengan jumlah yang besar berbanding objek.(4) Fokus kepada satu objek pada satu-satu masa
Kamera telefon bimbit lebih sesuai merakam objek yang dekat dan fokus kepada satu objek sahaja. Fotografi pemandangan yang cantik menggunakan telefon bimbit tidak dapat menghasilkan gambar yang baik. Lebih baik gunakan sahaja kamera digital.(5) Merakam objek bergerak memerlukan latihan
Sememangnya susah merakam objek yang bergerak. Silap-silap hasilnya menjadi kabur dan tidak jelas. Faktor yang mempengaruhi rakaman objek bergerak ialah kecerahan cahaya, optik kamera yang digunakan dan kekerapan latihan. Cuba berlatih mengikut pergerakan objek dengan lancar sebelum dan selepas butang pengatup kamera ditekan.(6) Fokuskan objek semasa merakam
Penggunaan zoom optik sangat membantu semasa merakam gambar. Hal ini kerana objek sasaran lebih dekat dengan saudara. Jangan hanya menggunakan paparan lebar sahaja, sesekali gunakan fungsi zoom di kamera. Selain itu, cuba rakam dari pelbagai sudut seperti dekat – jauh, atas - bawah dengan objek atau zoom untuk menghasilkan perspektif dan dimensi yang lebih menarik!(7) Ambil masa gambar yang dirakam masuk ke dalam akaun
Rakaman gambar menerusi telefon bimbit mempunyai masa menunggu tertentu mengikut model. Selain itu, masa menunggu kamera telefon bimbit lebih lama berbanding kamera digital yang biasa atau DSLR. Bunyi yang terhasil semasa rakaman dibuat tidak bermakna gambar tersebut telah dirakam. Oleh itu, pastikan telefon bimbit saudara tidak bergoyang selepas merakam gambar.(8) Rakam gambar lebih
Sekiranya situasi membenarkannya, lebih baik saudara mengambil beberapa gambar ekstra untuk merakam kenangan tersebut. Malahan, tidak menjejaskan langsung ruang memori kamera saudara pun. Kadangkala gambar yang dirakam tidak menjadi, kabur atau mengandungi unsur-unsur yang tidak dikehendaki. Jadi, bayangkanlah gambar saudara yang sedang melancong ke luar negara menjadi rosak akibat burung merpati melintasi hadapan kamera. Pada masa yang sama, satu gambar sahaja diambil pada waktu itu. Pasti menyesal kerana tidak dapat ditunjukkan kepada teman-teman. Masakan mahu pergi semula ke sana semata-mata untuk merakam gambar yang tidak menjadi?Posted by eimaya loriena at Tuesday, September 06, 2011 2 comments
awas penyalahgunaan telefon bimbit..
Kita tidak hanya bergantung kepada media massa untuk mendapatkan berita kerana banyak media pilihan boleh dijadikan sumber maklumat.
Paling dominan ialah telefon bimbit, kerana cirinya lebih mesra pengguna dan kos yang murah menyebabkan segala urusan menjadi mudah.
Alat komunikasi itu yang diperkenalkan di Jepun 30 tahun lalu, bukan sekadar penghubung komunikasi malah dilengkapi pelbagai fungsi seperti aplikasi e-mel, siaran radio, televisyen dan capaian internet.
Kajian mendapati ada 3.3 bilion pengguna telefon bimbit pada 2007 dengan 2.4 bilion pengguna mesej pesanan ringkas (SMS).
Ini membuktikan telefon bimbit sebagai media interaktif popular bagi penduduk dunia.
Asasnya, media itu membawa kebaikan, tetapi ia tidak sunyi daripada keburukan, khususnya apabila jatuh di tangan golongan tidak bertanggungjawab.
Golongan terbabit akan menggunakannya sebagai saluran menabur fitnah, membuka aib orang lain dan menyampaikan maklumat tidak tepat hingga bertentangan dengan prinsip agama.
Fitnah secara umumnya bererti menyebarkan sesuatu yang palsu seperti berita, cerita, gambar dan rakaman yang tidak benar, khusus membabitkan hal yang menjatuhkan imej dan personaliti orang lain.
Dalam al-Quran istilah ini dikatakan mempunyai pelbagai makna, tertakluk kepada konteks ayat seperti bermakna syirik, ujian dan cubaan, seksa, dosa, kekufuran, pembunuhan dan kebinasaan, berpaling dari jalan benar dan sesat.
Makna yang boleh difahami melalui hadis, seperti perselisihan dan peperangan, ujian dan cubaan, melalaikan dan melekakan, kemungkaran dan maksiat, tertakluk kepada keadaan.
Bagaimanapun, fitnah bagi pemahaman orang Melayu ialah penyebaran berita bohong atau desas-desus mengenai seseorang yang tidak selaras dengan kenyataan dan kebenaran.
Semua itu dilarang keras dalam Islam, namun disebabkan dengki, suka mengadu domba dan memutarbelitkan fakta oleh segelintir pihak menyebabkan perbuatan itu tidak pernah sunyi dalam kehidupan masyarakat.
Perbuatan fitnah sangat kejam dan balasan kepada yang melakukannya sangat keras. Huzaifah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak masuk syurga orang yang suka menabur fitnah." (Hadis riwayat Muslim)
Justeru, bagi mengelak daripada terpengaruh dengan maklumat palsu dan berunsur fitnah, kita bertanggungjawab menyelidiki dulu. Ini sesuai dengan firman-Nya, bermaksud:
"Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, selidikilah kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (Al-Hujurat: 6)
Selain itu, blog iaitu laman sesawang yang diselenggara secara individu, bagi menyampaikan maklumat dan komentar mengenai sesuatu topik, terutama yang menarik minat masyarakat turut diminati masyarakat.
Blog memberikan kebebasan kepada pemiliknya memuatkan maklumat termasuk berbentuk gambar dan klip video digemari, namun kebebasan itu bukanlah lesen besar untuk menabur fitnah, membuat tuduhan, hasutan dan mencetuskan suasana tidak harmoni.
Laman sesawang terbabit seharusnya tidak menjadi gelanggang untuk tuduh-menuduh yang akhirnya menimbulkan suasana tidak tenteram, bahkan setiap komentar harus diberikan secara adil.
Islam melarang umatnya terbabit dengan perbuatan keji dan tidak membina, termasuk fitnah dan tuduhan palsu. Malah, dalam bab menuduh perbuatan keji (zina), ada hukuman qazaf iaitu dikenakan 80 kali sebatan di khalayak ramai.
Hukum qazaf dikenakan jika penuduh perbuatan keji itu gagal mengemukakan empat orang saksi yang adil iaitu tidak fasik.
Justeru, pengguna media baru, sama ada generasi baru atau lama wajar beretika berpandukan lunas agama dan nilai kemasyarakatan, bukannya menurut kehendak hedonis atau keseronokan semata-mata.
Posted by eimaya loriena at Tuesday, September 06, 2011 3 comments
kelebihan telefon yang harus anda ketahui...
tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -
1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ ON ‘ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ‘ *3370# ‘ . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .
4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya
Posted by eimaya loriena at Tuesday, September 06, 2011 2 comments
Monday, 5 September 2011
jika anda dilahirkan pada awal 90-an harga dan kecanggihan telefon ialah....
Posted by eimaya loriena at Monday, September 05, 2011 0 comments
Posted by eimaya loriena at Monday, September 05, 2011 0 comments
















