BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Total Pageviews

Monday, 5 September 2011


Telefon bimbit semakin moden apabila merentasi era globalisasi ini.
Secara umumnya rakyat Malaysia mula diperkenalkan dengan telefon mudah alih ialah pada awal 90an. Bermula dengan bentuk telefon sebesar beg tangan yang terpaksa dijinjing kemudian sedikit kemajuan beberapa tahun sekepas itu saiznya dikecilkan lagi dan berbentuk sebesar botol air mineral.
Pada pertengahan  90-an barulah terdapat dipasaran telefon bimbit bersaiz "agak selesa" iaitu sebesar tapak tangan. Evolusi telefon bimbit sememangnya sesuatu yang menarik untuk diikuti, teknologinya pantas berkembang sepantas panahan kilat .
Daripada era telefon jenis analog bertukar kepada  era digital. Daripada skrin hitam putih,biru,hijau kepada skrin berwarna. Daripada skrin yang kecil dan saiz papan kekunci lebih besar menjadi  saiz skrin kepada telefon yang langsung tiada mempunyai papan kekunci atau lebih dikenali sebagai telefon skrin sentuh.



Seterusnya daripada skrin sentuh perintang  kepada skrin sentuh licin kapasitif. Semua ini  berlaku dalam masa lebih kurang 20 tahun sahaja.Rakyat Malaysia kini menggunakan telefon bimbit bukan hanya sebagai alat penghubung suara, tetapi lebih kepada mini komputer atau unit multimedia.
 Dari pandangan kasar, ramai mengguna telefon bimbit untuk menghantar pesanan ringkas kini lebih selesa dengan melayari laman internet daripada mendail nombor individu lain untuk berhubung melalui cara tradisi iaitu suara.

0 comments: